MICROSOFT POWERPOINT
TEKNIK-TEKNIK ASAS DALAM POWERPOINT
1) Membuka perisian powerpoint
Sebelum anda boleh membina slide persembahan, anda perlulah membuka perisian PowerPoint terlebih dahulu. Berikut adalah langkah-langkah untuk memulakan perisian PowerPoint.
A. Memulakan Perisian Power Point
1. Klik ikon Start
2. Klik All PROGRAM
3. Klik Microsoft Office
4. Klik PowerPoint
Apabila anda memulakan perisian PowerPoint, satu paparan seperti dalam rajah dibawah akan terhasil.
B. Memilih Reka bentuk Slaid
PowerPoint menyediakakan beberapa reka bentuk latar belakang slaid. Anda boleh memilih sebarang reka bentuk yang anda minati untuk persembahan anda,
1. Klik Design pada menu bar
2. Klik Slide Design yang menjadi pilihan anda.
(Beberapa reka bentuk akan dipaparkan)
Dari paparan reka bentuk, klik pada reka bentuk yang anda minati. Secara automatik, semua slaid persembahan anda akan ditukar kepada reka bentuk tersebut.
C. Memasukkan Teks (Tajuk Persembahan)
1. Klik pada perkataan Click To Add Title
2. Taipkan tajuk anda, Tukarkan saiz dan warna tulisan mengikut cita rasa anda.
3. Klik kotak Click To Add Subtitle dan klik ikon Cut untuk memadam kotak tersebut.
D. Menyimpan Fail Persembahan
1. Klik pada menu File
2. Pilih Save
3. Taipkan nama fail dan tekan Save.
E. Membina Slaid Baru
1. Klik pada menu Home
2. Klik pada ikon New Slide
3. Pada ikon New Slide, beberapa pilihan susun atur akan dipaparkan
4. Klik pada susun atur jenis Title and Content
5. Satu slaid baharu akan dipaparkan
No comments:
Post a Comment