LAPORAN

LAPORAN HARI KELUARGA AT46

Pada hari sabtu bersamaan 12 Oktober 2015, pelajar AT46 telah mengadakan Hari keluarga dengan jayanya. Tujuan Hari Keluarga diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli keluarga AT46.

Sehari sebelum majlis, warga AT46 telah berganding bahu untuk membuat segala persiapan yang telah dilakukan iaitu memasang siaraya, menyusun kerusi dan meja, memasang khemah dan sebagainya.

Pada pagi majlis, semua peserta berkumpul di padang tepat jam 8 pagi. Acara pembuka tirai ialah senam robik. Seterusnya, diteruskan dengan aktiviti sukaneka. Suasana pada hari tersebut begitu gemilang, riuh-rendah dan meriah dengan tepukan dan sorakan para penonton.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah yang menjadi acara kemuncak. Selepas tamat acara penyampaian hadiah, para tetamu dijemput untuk menjamu selera. Seterusnya, ahli keluarga AT46 bekerjasama membersihkan kawasan padang.

Akhirnya, warga keluarga AT46 berasa sangat gembira kerana telah menjayakan Hari Keluarga dalam erti kata sebenar.

Disediakan oleh,                                                               14 OKTOBER 2015
amni,
(WAN NUR AMNI BINTI WAN DIN)
Setiausaha Persatuan Multimedia Kreatif,
UPSI.

No comments:

Post a Comment